Mencari Locus Standi
Mungkin rakan-rakan saya masih ingat lagi pada Anyss Sophelia, salah satu cerpen yang dimuatkan dalam teks wajib Komponen Sastera Bahasa Melayu SPM. Suatu karya fantasi yang ternyata berbeza dari cerpen-cerpen yang lain dan menjadi salah satu teks kegemaran pelajar. Kali ini penulisnya, Nisah Haron telah menghasilkan novel Mencari Locus Standi, yang memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 bagi Kategori Novel Remaja.
Dengar sahaja tajuknya kita sudah dapat menerka persoalan apa yang dibawa, yakni perundangan. Nisah Haron memang antara yang terbaik menggarapkan isu perundangan dalam novel kerana dia sendiri seorang peguam. Oleh itu, semua prosedur perundangan dalam novel ini adalah tepat dan nyata.
Kisah ini berkisar tentang E-Jay (Eliza Jasmin), seorang pelajar undang-undang di UKM. Dia juga anak angkat seorang peguam ternama Emir Johan. Walaupun sekadar anak angkat, kehidupannya bahagia bersama Emir Johan dan ibu tirinya Ibu Mustika, yang juga seorang Professor Madya di UKM.
Namun, cabaran datang menimpa. Emir Johan pergi menghadap Ilahi. Sungguhpun ada wasiat yang jelas memberi hak Emir Johan dalam firma guamannya kepada E-Jay namun begitu dua orang adik-beradik Emir Johan datang menuntut hak. Kononnya Emir Johan membuka firma itu bermodalkan duit mereka.
Seterusnya diceritakan bagaimana E-Jay dan Ibu Mustika mempertahankan haknya dan dalam masa yang sama berhadapan dengan pelbagai konflik yang lain. Mujur ada sahabat yang sentiasa di sampingnya, membantu dan memberikan sokongan. Sesungguhnya novel ini menggambarkan kegigihan wanita.
Apa kesudahannya? Silalah dapatkannya di pasaran, RM17 sahaja. Cukup berbaloi bagi sebuah karya bermutu tinggi seperti ini.

5 Comments:
Just RM17 jer?
Kat mana nak beli buku tuh Pidauh?
Aku beli di Kinokuniya, KLCC. Ada satu rak untuk semua novel Bahasa Melayu yang menang hadiah sastera, tempat lain susah nak cari.
As'kum,
Saya Nisah Haron. Terima kasih kerana membaca novel saya. Harap ada sesuatu yang dapat sdr pelajari daripada "Mencari Locus Standi".
Kalau ada yang nak beli secara online, boleh dapatkan dari kedai buku online saya : www.ujanailmu.com.my. Kami terima kad kredit, online banking, wang pos dan cek.
Salam
-www.nisah.cjb.net-
Askum..
Saya baca buku ni sekitar tahun lepas tak silap saya tapi saya tak pasti saya beli kat Kinokuniya atau melalui Ujanailmu. Tetapi sekarang, banyak di antara buku-buku saya diperoleh dari Ujanailmu.
Waalaikumussalam, lama tak dengar berita dari Wawa. Alhamdulillah ada Ujanailmu, senang sikit tak payah tercari-cari kedai mana yang ada jual. harapnya banyak lagi 'special edition' pada masa akan datang.
Post a Comment
<< Home