Walimah Qamarina & Syeikh Qadri
Buat pertama kalinya Madani membuat persembahan di Johor bagi meraikan perkahwinan pasangan Qamarina & Syeikh Qadri. Moga berbahagia hingga akhir hayat!
Buat pertama kalinya Madani membuat persembahan di Johor bagi meraikan perkahwinan pasangan Qamarina & Syeikh Qadri. Moga berbahagia hingga akhir hayat!
Dewangga Sakti - Mulanya bertiga
Kemudian berempat pula
Kali ini, giliran Pengurus Madani pula ke luar negara. Destinasinya adalah Kemboja dalam misi Dakwah & Kemanusiaan anjuran UIAM. Harap dapat banyak idea untuk lirik dan buku-buku baru!
Saudara Kamal ke Jepun dari 28 Disember 2007 hingga 3 Januari 2008 kerana mengikuti rombongan universiti. Mujur juga tiada persembahan sepanjang waktu itu. Madani akan kembali beraksi pertengahan bulan hadapan, Insya-Allah.
p/s: Kamal, bawa balik dram Jepun satu!
Terbaca satu berita di BBC tentang kaitan antara suara lelaki dengan bilangan anak. Mengikut kajian yang dijalankan di Afrika, lelaki yang mempunyai suara yang lebih dalam (baritone) mempunyai lebih banyak anak. Mungkinkah Kamal dan Haziq akan mempunyai lebih ramai anak kelak? Hehe…
(Kamal Bass & Haziq Third)