Sambutan Maulidur Rasul @ SMK (P) Sri Aman
Alhamdulillah, Madani kembali lagi ke SMK (P) Sri Aman untuk menjayakan program Maulidur Rasul. Ini antara program yang kami telah datang dua tahun berturut-turut selain program Nur Ramadhan. Persembahan kali ini di dewan yang berbeza pula iaitu Dewan PIBG kerana dewan utama sekolah dalam proses baikpulih. Cabaran juga bagi pasukan sistem bunyi kerana rekaan dewan yang terbuka sifatnya.
Penceramah jemputan tahun ini adalah Ustaz Zaharuddin dari UIA dan para hadiran memang aktif bertanya soalan. Tidak kiralah sama ada pelajar atau ibu bapa. Harapnya kami dapat kembali lagi untuk program akan datang!
p/s: Cikgu, harga tetap sama kalau harga minyak tak naik!
Pelajar & Ibu Bapa Yang Hadir
Kumpulan Nasyid SMK (P) Sri Aman
Perarakan Masuk ke Dewan
Ucapan Alu-aluan
Ustaz Zaharauddin
Di Sebalik Tabir - Aksi-aksi krew Madani.







