Program Nur Ramadhan

October 6, 2007
4:00 pmto8:00 pm

Tempat: Dewan SUK, Shah Alam

Serupa tetapi tak sama, itulah yang boleh dikatakan tentang Program Nur Ramadhan anjuran bersama Persatuan Taska Selangor, Karangkraf dan Lemabaga Zakat Selangor. Tempat yang sama, format yang sama, pegawai protokol pun sama. Bukannya tak bagus, malah kami gembira untuk kembali setelah kejayaan Nur Ramadhan tahun lepas.

P1080226 P1080229

Jika tahun lepas Nash menjadi artis undangan, kali ini Akbar pula. Sayangnya, tahun ini tiada para kartunis dari Karangkraf yang datang untuk melayan adik-adik yang diraikan. Persembahan Madani adalah sebelum berbuka puasa dan kami mempersembahkan lima buah lagu - Selawat Maulidur Rasul, Sentuhan Kejayaan, Selawat Murah Rezeki, Guruku dan Light of Love. Lebaran Ini pula menjadi lagu penutup. Sebagai selingan, kami memberi kuiz kepada adik-adik. Siapa dapat jawab dan berani datang ke hadapan mendapat duit raya.

P1080253 P1080234

Terima kasih banyak-banyak kepada pihak urusetia program kerana menjemput kami buat kali kedua terutamanya kepada Pn. Mahanom Basri. Moga kami dapat kembali lagi pada tahun hadapan!

Alhamdulillah, we returned for Nur Ramadhan event this year which is jointly organized by Selangor Daycare Association, Karangkraf and Selangor Zakat Board. It’s as happening as last year and we seek forward to return next year!

Di sebalik tabir….

Practice

At Work Let's Get to Work

Firdaus & Kamal

Filed under: Jadual, Persembahan

Leave a Reply