Dalam melakukan kerja-kerja kreatif, menghadapi kebuntuan adalah perkara biasa. Semua orang ada idea, tetapi untuk memecahkan kebuntuan dan melaksanakan idea tersebut sehingga siap adalah sesuatu yang mencabar. Namun, jika dapat mengatasinya ganjarannya memang lumayan. Kali ini kita sama-sama tonton video perkongsian kartunis Aie tentang mengatasi kebuntuan dan menyiapkan kerja-kerja kreatif melalui tips dari mentornya iaitu kartunis lagenda Ujang.
Sunday Drive
Berbekalkan kamera Nokia N8, tripod telefon yang dibeli dari Mudah.my, Gorillapod dan applikasi CameraPro beberapa minggu lepas saya menghasilkan video timelapse. Subjeknya adalah perjalan dari Keramat ke Ulu Langat. Setting yang saya lakukan adalah satu gambar setiap 3 saat, kemudian kesemuanya digabungkan dengan TimeLapse Assembler for Mac.
Video asal kurang menyerlah warnanya dan kosong kerana tiada sebarang audio. Kedua-dua perkara itu diperbaiki dengan aplikasi video editor YouTube sendiri yang memberikan tool manipulasi warna dan stok audio percuma.
Lain kali saya harus cari memegang kamera dengan lebih kukuh dan jangan lupa menyahaktifkan fungsi geotagging kerana begitu cepat menghabiskan bateri!
Reality Check
Kebiasaannya, saya boleh menghabiskan satu buku sehari. Namun, buku biografi Steve Jobs & Khalifah Ganti Superman nampaknya mencabar emosi saya untuk menghabiskannya. Sudahnya, saya habis membaca buku tengah dua buah firma perundingan rekaan yang berkerjasama dengan Apple iaitu IDEO & frog design.
Alang-alang sudah bercerita seputar hal buku, berikut saya sajikan perkongsian Izwan Robotys tentang buku Reality Check oleh Guy Kawasaki;
Dua Buku, Dua Dunia
Buku Khalifah Ganti Superman karya Tan Sri Ali Hashim dan biografi Steve Jobs tulisan Walter Isaacton ini saya beli dua hari berturut. Bagi saya kedua-dua buku ini bagai simbol dua dunia yang bertentangan. Dari segi fizikal pun sudah nampak perbezaannya – satu buku hitam, satu lagi putih. Satu kulit keras, satu lagi kulit lembut. Satu tebal, satu nipis. Pendekatan penulisan juga berbeza – Tan Sri Ali Hashim menulis sendiri sedangkan Steve Jobs melantik penulis. Buku Khalifah Ganti Superman ditulis secara ilmiah sedangkan buku Steve Jobs adalah biografi.
Namun lebih mendalam lagi, adalah perbezaan nilai yang dibawa tokoh-tokoh ini. Tan Sri Ali Hashim tegar mencanangkan bisnes sebagai Jihad sedangkan Steve Jobs menganggap soal agama itu perkara peribadi. Namun ini tidak bermakna saya setuju dengan apa yang dikatakan Tan Sri Ali Hashim dan tidak juga saya menolak semua yang dibawa oleh Steve Jobs.
Saya sudah mula membaca kedua-duanya, mungkin akan habis 2-3 hari lagi. Bagi rakan-rakan yang mencari buku-buku ini, sila semak di cawangan-cawangan Popular untuk buku Steve Jobs dan MPH untuk buku Khalifah Ganti Superman.
Dr. Bubbles & Mesin Kentut
Sambungan daripada video tempoh hari, kali ini saya kongsikan pula video Iskandar Syah Ismail a.k.a Dr. Bubbles bercerita tentang mesin kentut. Beliau turut bercerita pengalamannya menghiburkan pesakit kanser otak menggunakan mesin kentut.
Nota: Mesin kentut ini juga sesuai digunakan untuk ‘prank’ kawan-kawan!

